Thursday 8 May 2014

Digital I/O Port PIC18F4550

Sebelum teruskan dengan perbincangan topik ini, ingin saya ajukan satu soalan kepada anda; "Apakah I/O Port dalam skop PIC18F?", cuba renung dan fikirkan sekejap. Jika sudah ada jawapan, mari kita teruskan.

Secara fizikalnya I/O port merujuk kepada kaki-kaki PIC18F,
 
Soalan seterusnya, " Adakah kesemua kaki adalah I/O Port?". Jawapnya, "Tidak". Merujuk kepada Rajah 1 dibawah, hanya kaki-kaki yang ada label RAx, RBx, RCx, RDx & REx sahaja yang boleh digunakan sebagai I/O Port. Setiap I/O Port yang ada boleh digunakan sebagai Digital Input / Output (alternate function yang lain akan dibincangkan pada post yang akan datang).

Rajah 1: Pin Diagram PIC18F4550

Digital Input / Output Port

Secara umum PIC boleh membaca isyarat digital dan boleh mengeluarkan isyarat digital (5V - Logic '1' & 0V - Logic '0') melalui kakinya. Persoalannya " Dalam banyak-banyak Port PIC18F, Port mana yang digunakan sebagai INPUT port? dan Port mana untuk OUTPUT port? ". Jawapanya, sila rujuk Rajah 1 diatas, perhatikan anak panah pada kaki PIC:-
  • Anak panah yang menghala masuk ke kaki PIC - Pin berkenaan berfungsi sebagai INPUT sahaja.
  • Anak panah yang menghala keluar dari kaki PIC - Pin berkenaan berfungsi sebagai OUTPUT sahaja.
  • Anak panah yang menghala Dwi-arah - Pin berkenaan boleh berfungsi sebagai INPUT atau OUTPUT.

Maka, setiap port boleh digunakan untuk baca isyarat dari luar atau mengeluarkan isyarat keluar dari PIC. Persoalan seterusnya " Bagaimana untuk jadikan Port itu sebagai INPUT atau OUTPUT? " Jawapanya " Manipulasi bit didalam Register yang bernama TRISx ".

Setiap Port akan ada tiga (3) register untuk mengawal operasinya. Registers itu adalah:
  1. TRIS register (data direction register)
  2. Port register (reads the levels on the pins of the device)
  3. LAT register (output latch)
Nota Tambahan: Secara Fizikalnya Port register merujuk register yang bernama PORT yang berada dalam data memory. 

1 comment:

  1. Bagus perkongsian ini king....teruskan semoga bermanfaat

    ReplyDelete