Monday 22 September 2014

PIC8F4550 + PINGUINO

Pinguino merupakan perisian kategori open source. Baru - baru ini penguino telah mencipta firmware dan library untuk mendukung PIC18F4550. Selain daripada itu, penguino juga menyediakan rujukan dan panduan pengguna yang sangat terperinci. Segala software dan firmware boleh dimuat turun di www.pinguino.cc

Setelah firmware dimasukkan ke dalam PIC18F4550. Proses load program boleh dilakukan melalui USB bootloader. Kaedah ini dapati lebih mudah berbanding dengan USB bootloader yang disediakan oleh Microchip. Ini kerana untuk memasuki bootloader mode:

Guna pinguino USB bootloader:-
untuk masuk ke bootloader mode: pengguna perlu sambungkan cable USB ke USB host pada PC dan tekan butang reset.

Guna Microchip USB bootloader:-
Untuk masuk ke bootloader mode:
Pengguna perlu sambung cable USB dan tekan butang RESET+SW1. Di mana SW1 ini telah ditetapkan di dalam firmware.

Tambahan lagi, library yang disediakan oleh pinguino sangat berguna. Terutamanya CDC yang membolehkan UART to USB conversation dilakukan secara software. Dalam kata lain pengguna boleh jimat kos kerana tidak perlu beli UART to USB converter. Selain daripada itu, function yang disediakan oleh pinguino untuk CDC adalah mirip kepada standard C program. Contoh

CDC.printf ("hello world");

ini memudahkan pengguna untuk debugging program.