Post ini akan bincangkan beberapa jenis litar asas input dan output.
Binary Input
Litar binary input adalah litar yang hanya mengesan input dalam DUA (2) keadaan sahaja. Sebagai contoh:
- Litar yang mengesan sama ada ditekan atau tidak
- Litar yang mengesan cahaya cerah atau gelab
- Litar yang mengesan suhu sejuk atau panas
- Litar yang mengesan paras air tinggi atau rendah dan lain-lain
disebabkan litar-litar ini hanya boleh membezakan dua keadaan, maka ia digelar sebagai litar binary input.
Post ini akan memberikan beberapa contoh litar binary input. Berikut adalah contoh litar binary input:-
Litar Push Button
- Litar A: Litar active high, litar ini akan memberi normal logic '0', manakala memberi logic '1' apabila push button ditekan.
- Litar B: Litar active low, litar ini akan memberi normal logic '1', manakala memberi logic '0' apapbile push button ditekan.
Limit Switch SPDT
Kendalian litar ini adalah sama seperti litar push button diatas.
Kedua-dua litar diatas akan mengeluarkan isyarat dalam pada amplitude 0V dan 5V dan masing-masing akan dibaca oleh PIC sebagai logic '0' dan '1'. Bagaimana pula jika amplitude isyarat input bukan 0V dan 5V?
LED Output
Rajah 1: Litar Push Button dan LED
Rajah 1 diatas menunjukkan litar asas input dan output yang boleh disambungkan kepada PIC Microcontroller.
Untuk litar input, ia boleh dibahagikan kepada dua(2) litar iaitu:
- Pull-Up Network (Active Low) : Litar ini akan memberi normal logic '1', manakala memberi logic '0' apabila push button ditekan.
- Pull-Down Network (Active High) : Litar ini akan memberi normal logic '0', manakala memberi logic '1' apapbile push button ditekan.
- Sourcing Mode : LED akan menyala apabila PIC mengeluarkan logic '1'.
- Sinking Mode: LED akan menyala apabila PIC mengeluarkan logic '0'.
Selain daripada itu Limit Switch juga boleh digunakan sebagai digital input